LAPORAN AKTIVITI RANCANGAN INTEGRASI
MURID UNTUK PERPADUAN
TAHUN 2014
1.
NAMA AKTIVITI : PROGRAM
RANCANGAN INTEGRASI
MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)
TAHUN 2014
2.
TARIKH PELAKSANAAN :
18 OKTOBER 2014
3.
TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN HUTAN PERCHA
4.
PENGLIBATAN : 120 ORANG
TERMASUK GURU DAN MURID.
KATEGORI
|
MELAYU
|
CINA
|
INDIA
|
LAIN-LAIN
|
JUMLAH
|
JUMLAH BESAR
|
|||||
L
|
P
|
L
|
P
|
L
|
P
|
L
|
P
|
L
|
P
|
||
MURID
|
40
|
36
|
10
|
9
|
0
|
1
|
0
|
4
|
50
|
50
|
100
|
GURU
|
4
|
13
|
0
|
2
|
1
|
0
|
0
|
0
|
5
|
17
|
20
|
ANGGOTA
(Jika berkenaan)
|
-
|
-
|
-
|
-
|
-
|
-
|
-
|
-
|
-
|
-
|
-
|
Berdasarkan data di
atas 76 peratus murid yang terlibat dalam program RIMUP terdiri daripada
murid-murid Melayu, manakala 19 peratus terdiri daripada murid-murid Cina, 1
peratus murid India, 4 peratus yang lain-lain adalah dikalangan murid-murid Orang
Asli dan jumlah keseluruhannya ialah 100 peratus. Jumlah kehadiran guru Melayu
ialah sebanyak 17 orang, guru India seorang, guru Cina ialah sebanyak 2 orang
dan jumlah keseluruhannya ialah 22 orang.
5.
PERASMIAN :
b)
Penutup : EN.MUHAMMAD BIN LASIM
(GURU BESAR SKHP)
6.
DAPATAN (OUTCOME) :
RIMUP
telah pun mula dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
diperingkat sekolah pada tahun 1986. Kini perpaduan merupakan teras utama dalam
Pelan Induk Pembangangunan Pendidikan (PIPP) 2013-2025, bagi menyemaikan pada
peringkat awal lagi dalam memacu kemajuan sesebuah negara, tanpa mengira
bangsa, agama dan kebudayaan.
Ekoran
itu, Sekolah Kebangsaan Hutan Percha selaku pengelola Program RIMUP telah
melibatkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga
sekolah dalam program RIMUP. Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah
Kebangsaan Menggong dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Machap Umboo. Hasil
daripada kerjasama ketiga-tiga buah sekolah ini
perlaksanaan RIMUP pada tahun ini telah berjalan dengan lancar dan
jayanya.
Pihak pentadbiran sekolah
yang terlibat telah memberikan kerjasama dalam perkongsian kemudahan peralatan
dan kepakaran secara kolektif telah memberikan impak yang positif dan secara
tidak langsung dapat menjayakan program. Selain itu, memang tidak dapat
dinafikan bahawa perlaksanaan RIMUP daripada aspek domain akademik dapat
menyumbang kepada integrasi nasional. Program mentor-mentee yang melibatkan
guru dan murid daripada pelbagai kaum dapat mengeratkan lagi perpaduan nasional
disamping dapat membantu meningkatkan ilmu pengetahuan murid. Selain itu,
integrasi kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti yang dianjurkan seperti
rekacipta yang berunsurkan budaya pelbagai kaum seperti rekacipta Tanglung
Cina, Kolam India, dan Anyaman Tikar Kaum Melayu. Murid-murid yang menyertai
program ini juga telah melaksanakan aktiviti permainan tradisional seperti
Capteh, Tarik Upih dan Kabadi Kaum India. Aktiviti sukan dan permainan
tradisional Kaum Melayu dan India ini diperkenalkan supaya kaum lain dapat
berkongsi dan mengenali budaya kaum tersebut.
Di samping itu. Bagi
meningkatkan penghayatan murid pelbagai kaum terhadap nilai patriotisme, pihak
sekolah turut mengadakan pelbagai program yang menjurus kepada penghayatan
prinsip-prinsip Rukun Negara, majlis membaca ikrar dan aktiviti nyanyian
Lagu-lagu Patriotik. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang memfokuskan kepada
pengenalan tokoh-tokoh perjuangan Negara, sumbangan kemerdekaan, sumbangan
perpaduan, karya patriotik dan
tempat-tempat bersejarah juga turut diperkenalkan. Dengan harapan
aktiviti seperti ini dapat menyemai nilai-nilai patriotisme dalam jiwa murid
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa.
Waran peruntukan yang
diturunkan kepada sekolah-sekolah pengelola program RIMUP Tahun 2014 telah
membantu pihak pengelola untuk membiayai kos pengendalian program RIMUP di
peringkat sekolah. Walaupun pun aktiviti ini melibatkan kos per murid yang
lebih tinggi daripada aktiviti lain, tetapi pulangannya adalah besar. Sehubungan
dengan itu, pihak sekolah sebagai sebuah agen sosialisasi terancang dan
berfokus akan senantiasa berganding bahu dengan KPM untuk membentuk personaliti
terpuji bagi membentuk modal insan yang holistik serta menghayati dan
mengamalkan semangat perpaduan.
Di samping itu, setelah
melaksanakan program seumpama ini, kita dapat melihat keberkesanan program
RIMUP ini dapat mencapai objektif dan matlamat program. Program ini dapat
meningkatkan kesedaran kepentingan perpaduan dalam pembentukan masyarakat
madani. Mudah-mudahan aktiviti yang telah dilaksanakan akan diteruskan pada
masa-masa akan datang. Ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua warga yang terlibat di dalam menjayakan aktiviti ini.
No comments:
Post a Comment