Sunday, 26 October 2014

KEM 1MURID 1SUKAN SKHP

KERTAS KERJA KEM SUKAN SEKOLAH
PROGRAM 1MURID 1SUKAN 
SKHP 2014

1.0              PENDAHULUAN
            Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah memperakukan bahawa aktiviti sukan adalah penting di semua peringkat persekolahan. Semua murid sekolah diwajibkan mengambilbahagian dalam kelab atau persatuan sukan dan juga digalakkan mengambil satu jenis permainan atau sukan. Dapatan kajian sukan telah mengatakan bahawa aktiviti sukan
dapat menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan antara murid-murid
pelbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berbeza.
2.0              RASIONAL
Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN dapat memberi peluang secara menyeluruh
kepada semua murid agar melibatkan diri dalam sukan secara terurus dan terancang
serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara
holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.
3.0       MATLAMAT
3.1  Melatih satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab sukan
menjalankan aktiviti di sekolah.
3.2  Melalui rangsangan/tugasan murid dapat:
i. Membantu menubuh dan menguruskan kelab sukan.
ii. Membantu merancang dan mengurus aktiviti kelab.
iii. Membantu dalam penganjuran pertandingan.
3.3  Murid dapat menjalankan aktiviti sukan dengan menggunakan kaedah stesen yang
melibatkan ramai ahli kelab.
3.4 Bersukan melalui aktiviti yang diubah suai (modified games).
4.0       OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukanyang mempunyai unsur keseronokan.
4.2 Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam kalangan
murid.
4.3 Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan.
4.4 Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan.
4.5 Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam
mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.

5.0       CADANGAN TARIKH, MASA & TEMPAT
Tarikh               : 27 SEPTEMBER 2014
Hari                 : Sabtu
Masa                  : 7.30 pagi  hingga 4.30 petang
Tempat             : Sekolah Kebangsaan Hutan Percha

6.0       KUMPULAN SASARAN
Sasaran                          :  50 orang murid SKHP terdiri daripada murid Tahun 4 dan 5.


7.0       AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi                     :           En.Muhammad bin Lasim (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1         :            Pn. Sarimah binti Zainal (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 2         :           Pn. Siti Mutiah binti Hamzah (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 3         :            Pn. Maimunah binti Baba (GPK HEM)

Setiausaha                   :           En. Sahri Hasan (Setiausaha Sukan)
Kem Komandan          :            En. Mohamad  Yurman Mohmad Nor
Bendahari                    :           Cik Itha Azuir (Pembantu Tadbir Kewangan)

Ahli Jawatankuasa      :
           
Latihan dan Bengkel   :           En. Mohd Yurman Mohmad Nor
                                                En. Mohd Hairy Ramli
                                                 En. Abd Nasir Limin
                                                 En. Md. Husni Yakub
                                                 Pn. Suzana Sulaiman
                                                 Pn. Julianty Idris
                                                
Peralatan                     :           Ust. Ramley Jamaluddin dan Fasilitator Murid

Majlis Penutup            :           Pn. Rolhizal Ramli
                                               
Pendaftaran                 :           Pn. Haniza Mohd. Hanif

Makanan/Jamuan        :           Pn. Suhaila Md. Zain
                                                Pn. Norain Arbain
                                                Pn. Maisurah Mohd. Rahim

  
Hadiah/Sijil                 :           Pn. Masliha Md.Noh
                                                Pn. Zuraily Md. Zain

Buku Program             :           Cik Rosmah Mohd. Yusof
                                                Pn. Suzie Ishak

Perubatan/Keselamatan/
Pertolongan Cemas     :           Pn. Kamaliah Ahmad



Siaraya/Publisiti
Dokumentasi               :           En. Mohd Hairy Ramli
                                               En. Ramanan a/l Ramanan  
                                               Cik Nur Aida Musbah

Urus setia/                   :           Pn. Sarimah Zainal
Panel Pemilihan                     En. Mohd Yurman Mohmad Nor
                                               En. Sahri Hasan dan semua AJK

Guru Pembimbing       :           En. Mohd Yurman Mohmad Nor
                                                En. Mohd Hairy Ramli
                                                 En. Abd Nasir Limin
                                                 En. Md. Husni Yakub
                                                 Pn. Suzana Sulaiman
                                                 Pn. Julianty Idris


Fasilitator Murid         :           Mohd. Syah Putra Haikal Jokori(Ketua)
                                                Muhammad Khuzairi Abd. Mutalib
Iskandar Ismail
Mohd. Firdaus Abd. Bahrin
Muhammad Issham Ishak
                                               Nur Hidayah Hamzah
Noor Syazana Baharudin
Nur Inani Najwa Md. Deris
Farah Zulfah Norazizul
Nurul Izzati Ghafar

8.0       TENTATIF PROGRAM
         7.30 PG –       PENDAFTARAN
         7.45 PG -        SENAM ROBIK
         8.45 PG -        KONSEP REGANGAN DAN PEMANASAN BADAN
         9.45 PG -        KUDAPAN
       10.00 PG -        PENGENALAN PERMAINAN KECIL
       11.00 PG -        PERMAINAN KECIL
       12.30 TGH-      REHAT – MAKAN TENGAH HARI DAN SOLAT ZOHOR
        2.00 PTG-       PEMAKANAN DAN KECEDERAAN DALAM SUKAN
        4.00 PTG -      MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN
                                HADIAH DAN CENDERAHATI
        4.30 PTG-       JAMUAN
        5.00 PTG-       MAJLIS BERSURAI                             








9.0      ANGGARAN PERBELANJAAN

          
Bil
Perkara
Bilangan
Harga satu
Harga
 1.
Kudapan
  50 murid
  RM2.00
  RM 100.00
 2.
Makan Tengah hari
  50 murid
  RM6.00
  RM 300.00
 3.
Minum Petang
  50 murid
  RM2.00
  RM 100.00

JUMLAH
  RM 500.00
                                                                                                 

10.0    SUMBER KEWANGAN
         Peruntukan Program 1M 1Sukan (Kementerian Pelajaran Malaysia)  sebanyak
         RM 500.00

11.0     PENUTUP
Besarlah harapan pihak penganjur program ini agar dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam mencapai segala  objektifnya . Kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak sekolah  adalah amat diharapkan dan dihargai. Semoga program ini mendapat  keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T serta berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Disediakan oleh:
............................................
(PN. SARIMAH BINTI ZAINAL)
GPK KOKURIKULUM
Sekolah Kebangsaan Hutan Percha,
78000 Alor Gajah, Melaka.    






 SENARAI NAMA MURID KEM 1 MURID 1 SUKAN
KUMPULAN 1

*AZZIM BIN ARIS                                  TAHUN 5
IMAN BT. ABDUL BAHRIN                   TAHUN 5
AKMAL B. AZAMAN                              TAHUN 4
LILY ALEEYA NATASHA BT. SATIA       TAHUN 4
NUR SYAZA ALIAA BT. MD.SANI         TAHUN 4
KUMPULAN 2

*MUHD. HAFIZ MUSTAFFA                 TAHUN 5
IZZA NURSABRINA BT. SHAHRUDIN  TAHUN 5
NUR AZALEA HANIM                            TAHUN 4
MUHD ALIF DANIAL                             TAHUN 4
MUHD SAFUWAN B. JAMEL                TAHUN 4
 
KUMPULAN 3

MUHD. AMIN ASMADI                        TAHUN 5
*NUR FARISHA IZZATI BT. ROSLAN   TAHUN 5
DANEAL AMIRUDDIN                           TAHUN 4
HAWA BT. ARIS                                     TAHUN 4
NURUL ADILA BT. RIPIN                      TAHUN 4
KUMPULAN 4

*MUHD. SYAQIR DANIEL B. ROSLI    TAHUN 5
SITI HAJAR BT. JAMEL                          TAHUN 5
SIKIN IBRAHIM                                      TAHUN 5
MUHD. AZIZUL HAKIM B. YUSRI        TAHUN 4
NUR NABILA ATIKAH BT. MD. ALI      TAHUN 4

KUMPULAN 5

*ABDUL ANIQ IRFAN                            TAHUN 5
ANIS NABILAH BT. ISMADY                 TAHUN 5
MUHD. AKMAL B. MAT ZIN                TAHUN 4
DAYANG NURASRINA BT. AZIZY         TAHUN 4
NURUL ALIEYA HANIS                          TAHUN 4
KUMPULAN 6

IYLIA AISHAH BT. NORZAIDI               TAHUN 5
*NURUL ISMA IZZATI                           TAHUN 5
MUHD. HARIZ HAKIMI B. NORDIN    TAHUN 4
NURFARAHIN BT. IBRAHIM                TAHUN 4
YASMIN NUR WAHIDA                        TAHUN 4

KUMPULAN 7

*NORAZRY HAIKAL B.AZMI                 TAHUN 5
PUTRI NURUL AKALILI                          TAHUN 5
DANIAL RAMZI B. MUHAMAD            TAHUN 4
INTAN ELLYA SHAZLIN BT. ROZAIMI  TAHUN 4
ERIKA A/P BEGAL                                  TAHUN 4
KUMPULAN 8

MUHD. AIMAN HAIKAL                       TAHUN 5
*NURAISYAH BT. RAHMAN                TAHUN 5
MUHAMMAD DAUD B. OMAR          TAHUN 4
NURUL HIDAYAH BT. JAMAL              TAHUN 4
NUR SYAZWANI                                    TAHUN 4

KUMPULAN 9

*MIMI WAHIDAH BT. BORHAN         TAHUN 5
NUR IQLIMATUL AISYAH                    TAHUN 5
MUHD. SHAH HAKIMI                         TAHUN 4
SHIDA IBRAHIM                                    TAHUN 4
ERINA A/P BEGAL                                 TAHUN 4


* KETUA BAGI SETIAP KUMPULAN.



LAPORAN PERLAKSANAAN KEM SUKAN SEKOLAH
PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN  
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAAN HUTAN PERCHA
2014

PROGRAM                  :           PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN 
TARIKH                       :           27 SEPTEMBER 2014
MASA                           :           7.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT                      :           DATARAN PERHIMPUNAN DAN PADANG SEKOLAH
ANJURAN                    :           SK HUTAN PERCHA
KEHADIRAN               :           SEMUA WARGA SEKOLAH DAN MASYARAKAT SETEMPAT


Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan inan yang eimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru, dengan hasrat ini setiap murid Sekolah Kebangsaan Hutan Percha (SKHP) akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Oleh itu, Kem Sukan Sekolah pada tahun ini diadakan pada 27 September 2014 dengan harapan bagi membudayakan sukan di kalangan murid-murid sekolah. Sukan peringkat sekolah ini dilaksanakan melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Di mana aktiviti sukan dibawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan sahsiah dan kesejahteraan bagi semua murid sekolah. Manakala Sukan Untuk Kecemerlangan   dijalankan bagi meningkatkan prestasi murid yang berbakat dan berpotensi.

Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam Program 1 Murid 1 Sukan adalah amat penting sbagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Program 1 Murid 1 Sukan merupakan salah satu hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh di kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Di samping memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Program 1M1S ini bertujuan untuk meningkatkan kecergasan jasmani, membentuk sahsiah jati diri, disiplin dan memupuk perpaduan di antara kaum.

Falasafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Kem Sukan Sekolah ini diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada semua murid yang kurang atau tidak aktif dalam bidang sukan. Sebelum Program 1 Murid 1 Sukan di jalankan GPK Kokurikulum Pn. Sarimah binti Zainal telah melakukan ujian saringan bagi memastikan setiap murid termasuk murid berkeperluan khas tidak mengalami masalah kesihatan. Beliau turut mewajibkan setiap murid Tahun 4 hingga 6 mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.

            SK Hutan Percha juga telah mengadakan pelbagai  aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kecergasan fizikal dan mental. Oleh yang demikian satu jawatankuasa kerja telah dirancang bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti kemudahan guru pembimbing sukan, fasilitator, tayangan, jururobik dan lain-lain lagi.

            Program ini telah dilaksanakan pada setiap hari Sabtu pada jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Pada pagi tersebut seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat terlibat dalam aktiviti senamrobik pagi. Diikuti dengan Konsep Regangan dan Pemanasan Badan yang telah dilaksanakan di Dataran Perhimpunan dari jam 8.45 pagi hingga 9.45 pagi. Kudapan telah diberikan pada jam 9.45 pagi hingga 10.00 pagi, pada waktu ini murid-murid diminta berehat seketika di kantin sekolah. Pengenalan permainan kecil telah dibuat di padang sekolah pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi, pada waktu ini guru pembimbing sukan bagi permainan futsal, sepak takraw bola, bola baling dan “rounders” telah membimbing dan memperkenalkan cara-cara permainan tersebut. Kemudia diikuti dengan permainan kecil sehingga jam 12.30 tengahari. Murid-murid telah direhatkan pada jam 12.30 tengahari bagi menikmati makan tengahari dan bagi menunaikan kewajipan solat zohor. Pada jam 2.00 petang Ceramah Pemakanan Seimbang dan Cermah Kecederaan Dalam Sukan telah diadakan di Makmal Bahasa dan ianya tamat pada pukul 4.00 petang. Acara akhir iaitu Majlis Perasmian Penutup Kem Sukan Sekolah 1M 1S dan Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan pada jam 4.00 petang hingga 4.30 petang. Kemudian dikuti dengan jamuan ringan dan bersurai pada pukul 5.00 petang.

Semua warga sekolah termasuk pekerja swasta memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Malah mereka turut menunjukkan sikap positif dalam setiap aktiviti yang dijalankan terutamanya dalam segala aktiviti sebelum, semasa dan selepas program. Secara tidak langsung, ini mewujudkan suasana harmoni dan mengeratkan silaturrahim diantara seluruh warga sekolah tanpa mengira darjat mahupun pangkat.

Di samping itu setelah melaksanakan program seupama ini, kita dapat melihat keberkesanan program ini dapat mencapai objektif  dan matlamat program. Program ini dapat meningkatkan minat murid dalam bidang kesukanan. Mudah-mudahan program seperti ini dapat memberikan kebaikan dan manfaat kepada murid betapa pentingnya kecergasan fizikal dan mental dalam hidup kita. Ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga yang terlibat di dalam menjayakan aktiviti ini. Mudah-mudahan aktiviti yang telah dijalankan akan diteruskan pada masa-masa akan datang.

Disediakan oleh:

…………………………………….
(En. Ramanan a/l Arumugam)
SU KOKURIKULUM SK HUTAN PERCHA


PROGRAM SENAMROBIK
1MURID  1SUKAN















































No comments:

Post a Comment