Wednesday, 19 November 2014

Laporan Pelaksanaan Program Ceramah Penggunaan Alat Pemadam Api dan Demonstrasi  Aktiviti Memadam Api
Serta Latihan Kebakaran Kali Kedua
Tahun 2014


1.
Tarikh / Hari:
12 November 2014 (Rabu)



2.
Masa:
9.30 pagi  hingga 10.30 pagi                                              



3.
Tempat:
Padang SK Hutan Percha



4.
Dikendalikan oleh:
Anjuran Bersama Unit HEM SKHP dan Unit Latihan Jabatan Bomba & Penyelamat Alor Gajah



5.
Jumlah penyertaan Murid :
142 orang murid dan guru seramai 22 orang.



6.
Jumlah penyertaan
Pegawai Bomba:
8 orang



7.
Senarai Aktiviti Utama:
·          Latihan Kebakaran .

·         Ceramah Penggunaan Alat Pemadam Api

8.
Aktiviti sokongan :
·         Aktiviti Demonstrasi Memadam Api.



9.
Cadangan/Ulasan:
Organisasi sekolah memerlukan kemudahan Pili Bomba memandangkan kawasan Sek. Keb. Hutan Percha tidak mempunyai kemudahan pili bomba.
Latihan kebakaran berjalan lancar.


 LAPORAN KESELURUHAN PROGRAM
Pada 12 November  yang lalu Sekolah Kebangsaan Hutan Percha telah menjalankan Program Ceramah Penggunaan Alat Pemadam Api dan Demonstrasi Memadam Api serta Latihan Kebakaran Siri Kedua. Latihan kebakaran merupakan aktiviti yang disediakan pada setiap tahun  sebagai persedian dan latihan sekiranya terjadi insiden kebakaran sekolah. Pada tahun ini, pihak sekolah  telah merancang untuk mengadakan dua siri latihan kebakaran. Semua warga SK Hutan Percha terlibat dalam aktiviti ini. Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran.
          Justeru Sekolah Kebangsaan Hutan Percha telah berganding bahu dengan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memberi pendedahan berkenaan khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran. Seperti mana yang kita ketahui pihak JBPM bertanggungjawab mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusian yang cekap dan berkesan.
          Oleh yang demikian, pihak SKHP telah mengambil keputusan untuk menjemput Pegawai-pegawai Unit Latihan Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah bagi program ini. Unti Latihan Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah yang diterajui oleh Tuan Ayob bin Saat telah membawa pegawai beliau seramai 8 orang bagi melaksanakan program ini. Latihan bermula jam 9.30 pagi dan berakhir sekitar jam 10.30 pagi. Tuan Ayob bin Saat telah tiba di sekolah bersama Pegawai  Kanan beliau iaitu Tuan Ashid bin Rahman bagi memantau situasi dan lokasi perlaksanaan program. Mereka telah tiba di sekolah pada pukul 9.30 pagi, kemudian pihak sekolah telah diarahkan menelefon ke talian panggilan  kecemasan 999 pada jam 9.32pagi. Seterusnya loceng panjang dibunyikan pada jam 9.33 pagi, semua murid bergegas ke tempat yang ditetapkan untuk berkumpul iaitu padang sekolah tepat pada jam 9.35 pagi. Guru Penolong Kanan HEM telah meminta guru-guru mengawal murid-murid ketika latihan kebakaran dijalankan.
           AJK Unit Kebakaran telah memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang murid pun yang tertinggal dalam kelas atau di dalam bangunan sekolah. Walau bagaimanapun terdapat seorang murid Taun 5 iaitu adik Azim Aris yang telah disorokkan oleh Unit Kebakaran SKHP. Sementara ketibaan jentera Bomba  Tuan Ayob bin Saat selaku Ketua Unit Latihan Balai Bomba dan Penyelamat telah memberikan Ceramah berkenaan  Pencegahan Kebakaran sekolah.  Jentera Bomba telah tiba di kawasam sekolah tepat jam 9.53 pagi. Seterusnya Unit Kebakaran sekolah telah memaklumkan kekurangan seorang murid sekolah. Pegawai bomba telah bertindak pantas dan menyelamatkan murid tersebut dan membawanya ke padang. Dikuti dengan Program Ceramah Penggunaan Alat Pemadam Api dan Program Demonstrasi Memadam Api. Akhir sekali program ditamatkan dengan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata oleh En. Muhammad bin Lasim selaku Guru Besar SKHP kepada Tuan Ayob bin Saat selaku Pegawai Unit Latihan Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah. Majlis bersurai dengan jamuan makan di kantin sekolah.
          Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun bagi memastikan murid dan kakitangan SK Hutan Percha sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran, murid-murid didedahkan dengan kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain seperti banjir dan ribut.  Semua warga sekolah termasuk pekerja swasta memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Malah mereka turut menunjukkan sikap positif dalam setiap aktiviti yang dijalankan terutamanya dalam segala aktiviti sebelum, semasa dan selepas program. Secara tidak langsung, ini mewujudkan suasana harmoni dan mengeratkan silaturrahim diantara seluruh warga sekolah tanpa mengira darjat mahupun pangkat.

         
          Di samping itu setelah melaksanakan program seupama ini, kita dapat melihat keberkesanan program ini dapat mencapai objektif  dan matlamat program. Mudah-mudahan program seperti ini dapat memberikan kebaikan dan manfaat kepada murid betapa pentingnya kecergasan fizikal dan mental dalam hidup kita. Ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga yang terlibat di dalam menjayakan aktiviti ini. Mudah-mudahan aktiviti yang telah dijalankan akan diteruskan pada masa-masa akan datang.

DISEDIAKAN OLEH,
...........................................
RAMANAN A/L ARUMGAM

DISEMAK OLEH,
............................................
PN.MAIMUNAH BINTI BABA
(GPK HEM SKHP)



























































No comments:

Post a Comment