Wednesday, 19 November 2014

Laporan Pelaksanaan Program Ceramah Penggunaan Alat Pemadam Api dan Demonstrasi  Aktiviti Memadam Api
Serta Latihan Kebakaran Kali Kedua
Tahun 2014


1.
Tarikh / Hari:
12 November 2014 (Rabu)



2.
Masa:
9.30 pagi  hingga 10.30 pagi                                              



3.
Tempat:
Padang SK Hutan Percha



4.
Dikendalikan oleh:
Anjuran Bersama Unit HEM SKHP dan Unit Latihan Jabatan Bomba & Penyelamat Alor Gajah



5.
Jumlah penyertaan Murid :
142 orang murid dan guru seramai 22 orang.



6.
Jumlah penyertaan
Pegawai Bomba:
8 orang



7.
Senarai Aktiviti Utama:
·          Latihan Kebakaran .

·         Ceramah Penggunaan Alat Pemadam Api

8.
Aktiviti sokongan :
·         Aktiviti Demonstrasi Memadam Api.



9.
Cadangan/Ulasan:
Organisasi sekolah memerlukan kemudahan Pili Bomba memandangkan kawasan Sek. Keb. Hutan Percha tidak mempunyai kemudahan pili bomba.
Latihan kebakaran berjalan lancar.


 LAPORAN KESELURUHAN PROGRAM
Pada 12 November  yang lalu Sekolah Kebangsaan Hutan Percha telah menjalankan Program Ceramah Penggunaan Alat Pemadam Api dan Demonstrasi Memadam Api serta Latihan Kebakaran Siri Kedua. Latihan kebakaran merupakan aktiviti yang disediakan pada setiap tahun  sebagai persedian dan latihan sekiranya terjadi insiden kebakaran sekolah. Pada tahun ini, pihak sekolah  telah merancang untuk mengadakan dua siri latihan kebakaran. Semua warga SK Hutan Percha terlibat dalam aktiviti ini. Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran.
          Justeru Sekolah Kebangsaan Hutan Percha telah berganding bahu dengan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memberi pendedahan berkenaan khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran. Seperti mana yang kita ketahui pihak JBPM bertanggungjawab mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusian yang cekap dan berkesan.
          Oleh yang demikian, pihak SKHP telah mengambil keputusan untuk menjemput Pegawai-pegawai Unit Latihan Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah bagi program ini. Unti Latihan Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah yang diterajui oleh Tuan Ayob bin Saat telah membawa pegawai beliau seramai 8 orang bagi melaksanakan program ini. Latihan bermula jam 9.30 pagi dan berakhir sekitar jam 10.30 pagi. Tuan Ayob bin Saat telah tiba di sekolah bersama Pegawai  Kanan beliau iaitu Tuan Ashid bin Rahman bagi memantau situasi dan lokasi perlaksanaan program. Mereka telah tiba di sekolah pada pukul 9.30 pagi, kemudian pihak sekolah telah diarahkan menelefon ke talian panggilan  kecemasan 999 pada jam 9.32pagi. Seterusnya loceng panjang dibunyikan pada jam 9.33 pagi, semua murid bergegas ke tempat yang ditetapkan untuk berkumpul iaitu padang sekolah tepat pada jam 9.35 pagi. Guru Penolong Kanan HEM telah meminta guru-guru mengawal murid-murid ketika latihan kebakaran dijalankan.
           AJK Unit Kebakaran telah memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang murid pun yang tertinggal dalam kelas atau di dalam bangunan sekolah. Walau bagaimanapun terdapat seorang murid Taun 5 iaitu adik Azim Aris yang telah disorokkan oleh Unit Kebakaran SKHP. Sementara ketibaan jentera Bomba  Tuan Ayob bin Saat selaku Ketua Unit Latihan Balai Bomba dan Penyelamat telah memberikan Ceramah berkenaan  Pencegahan Kebakaran sekolah.  Jentera Bomba telah tiba di kawasam sekolah tepat jam 9.53 pagi. Seterusnya Unit Kebakaran sekolah telah memaklumkan kekurangan seorang murid sekolah. Pegawai bomba telah bertindak pantas dan menyelamatkan murid tersebut dan membawanya ke padang. Dikuti dengan Program Ceramah Penggunaan Alat Pemadam Api dan Program Demonstrasi Memadam Api. Akhir sekali program ditamatkan dengan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata oleh En. Muhammad bin Lasim selaku Guru Besar SKHP kepada Tuan Ayob bin Saat selaku Pegawai Unit Latihan Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah. Majlis bersurai dengan jamuan makan di kantin sekolah.
          Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun bagi memastikan murid dan kakitangan SK Hutan Percha sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran, murid-murid didedahkan dengan kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain seperti banjir dan ribut.  Semua warga sekolah termasuk pekerja swasta memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Malah mereka turut menunjukkan sikap positif dalam setiap aktiviti yang dijalankan terutamanya dalam segala aktiviti sebelum, semasa dan selepas program. Secara tidak langsung, ini mewujudkan suasana harmoni dan mengeratkan silaturrahim diantara seluruh warga sekolah tanpa mengira darjat mahupun pangkat.

         
          Di samping itu setelah melaksanakan program seupama ini, kita dapat melihat keberkesanan program ini dapat mencapai objektif  dan matlamat program. Mudah-mudahan program seperti ini dapat memberikan kebaikan dan manfaat kepada murid betapa pentingnya kecergasan fizikal dan mental dalam hidup kita. Ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga yang terlibat di dalam menjayakan aktiviti ini. Mudah-mudahan aktiviti yang telah dijalankan akan diteruskan pada masa-masa akan datang.

DISEDIAKAN OLEH,
...........................................
RAMANAN A/L ARUMGAM

DISEMAK OLEH,
............................................
PN.MAIMUNAH BINTI BABA
(GPK HEM SKHP)



























































LAPORAN RIMUP 2014

LAPORAN AKTIVITI RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN
TAHUN 2014

1.       NAMA AKTIVITI                                  :  PROGRAM RANCANGAN INTEGRASI 
                                                                          MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)
                                TAHUN 2014

2.       TARIKH PELAKSANAAN                   :  18 OKTOBER 2014

3.       TEMPAT                                                 :  SEKOLAH KEBANGSAAN HUTAN PERCHA                                                                       
4.       PENGLIBATAN                                     : 120 ORANG TERMASUK GURU DAN MURID.

KATEGORI
MELAYU
CINA
INDIA
LAIN-LAIN
JUMLAH
JUMLAH  BESAR
L
P
L
P
L
P
L
P
L
P
MURID
40

36
10
9
0
1
0
4
50
50
100
GURU
4

13
0
2
1
0
0
0
5
17
20
ANGGOTA
(Jika berkenaan)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Berdasarkan data di atas 76 peratus murid yang terlibat dalam program RIMUP terdiri daripada murid-murid Melayu, manakala 19 peratus terdiri daripada murid-murid Cina, 1 peratus murid India, 4 peratus yang lain-lain adalah dikalangan murid-murid Orang Asli dan jumlah keseluruhannya ialah 100 peratus. Jumlah kehadiran guru Melayu ialah sebanyak 17 orang, guru India seorang, guru Cina ialah sebanyak 2 orang dan jumlah keseluruhannya ialah 22 orang.

5.       PERASMIAN   :

a)       Pembukaan  : TIADA

b)       Penutup       :  EN.MUHAMMAD BIN LASIM (GURU BESAR SKHP)


6.       DAPATAN (OUTCOME)           :

RIMUP telah pun mula dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diperingkat sekolah pada tahun 1986. Kini perpaduan merupakan teras utama dalam Pelan Induk Pembangangunan Pendidikan (PIPP) 2013-2025, bagi menyemaikan pada peringkat awal lagi dalam memacu kemajuan sesebuah negara, tanpa mengira bangsa, agama dan kebudayaan.
Ekoran itu, Sekolah Kebangsaan Hutan Percha selaku pengelola Program RIMUP telah melibatkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dalam program RIMUP. Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Menggong dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Machap Umboo. Hasil daripada kerjasama ketiga-tiga buah sekolah ini  perlaksanaan RIMUP pada tahun ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.
                       Pihak pentadbiran sekolah yang terlibat telah memberikan kerjasama dalam perkongsian kemudahan peralatan dan kepakaran secara kolektif telah memberikan impak yang positif dan secara tidak langsung dapat menjayakan program. Selain itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa perlaksanaan RIMUP daripada aspek domain akademik dapat menyumbang kepada integrasi nasional. Program mentor-mentee yang melibatkan guru dan murid daripada pelbagai kaum dapat mengeratkan lagi perpaduan nasional disamping dapat membantu meningkatkan ilmu pengetahuan murid. Selain itu, integrasi kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti yang dianjurkan seperti rekacipta yang berunsurkan budaya pelbagai kaum seperti rekacipta Tanglung Cina, Kolam India, dan Anyaman Tikar Kaum Melayu. Murid-murid yang menyertai program ini juga telah melaksanakan aktiviti permainan tradisional seperti Capteh, Tarik Upih dan Kabadi Kaum India. Aktiviti sukan dan permainan tradisional Kaum Melayu dan India ini diperkenalkan supaya kaum lain dapat berkongsi dan mengenali budaya kaum tersebut.
                       Di samping itu. Bagi meningkatkan penghayatan murid pelbagai kaum terhadap nilai patriotisme, pihak sekolah turut mengadakan pelbagai program yang menjurus kepada penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara, majlis membaca ikrar dan aktiviti nyanyian Lagu-lagu Patriotik. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang memfokuskan kepada pengenalan tokoh-tokoh perjuangan Negara, sumbangan kemerdekaan, sumbangan perpaduan, karya patriotik dan   tempat-tempat bersejarah juga turut diperkenalkan. Dengan harapan aktiviti seperti ini dapat menyemai nilai-nilai patriotisme dalam jiwa murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa.
                       Waran peruntukan yang diturunkan kepada sekolah-sekolah pengelola program RIMUP Tahun 2014 telah membantu pihak pengelola untuk membiayai kos pengendalian program RIMUP di peringkat sekolah. Walaupun pun aktiviti ini melibatkan kos per murid yang lebih tinggi daripada aktiviti lain, tetapi pulangannya adalah besar. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah sebagai sebuah agen sosialisasi terancang dan berfokus akan senantiasa berganding bahu dengan KPM untuk membentuk personaliti terpuji bagi membentuk modal insan yang holistik serta menghayati dan mengamalkan semangat perpaduan.
                       Di samping itu, setelah melaksanakan program seumpama ini, kita dapat melihat keberkesanan program RIMUP ini dapat mencapai objektif dan matlamat program. Program ini dapat meningkatkan kesedaran kepentingan perpaduan dalam pembentukan masyarakat madani. Mudah-mudahan aktiviti yang telah dilaksanakan akan diteruskan pada masa-masa akan datang. Ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga yang terlibat di dalam menjayakan aktiviti ini.