Laporan Pelaksanaan Program
Ceramah Penggunaan Alat Pemadam Api dan Demonstrasi Aktiviti Memadam Api
Serta Latihan Kebakaran Kali Kedua
Tahun 2014
1.
|
Tarikh
/ Hari:
|
12
November 2014 (Rabu)
|
2.
|
Masa:
|
9.30 pagi
hingga 10.30 pagi
|
3.
|
Tempat:
|
Padang SK Hutan Percha
|
4.
|
Dikendalikan
oleh:
|
Anjuran Bersama Unit HEM SKHP dan Unit Latihan
Jabatan Bomba & Penyelamat Alor Gajah
|
5.
|
Jumlah
penyertaan Murid :
|
142
orang murid dan guru seramai 22 orang.
|
6.
|
Jumlah
penyertaan
Pegawai
Bomba:
|
8
orang
|
7.
|
Senarai
Aktiviti Utama:
|
·
Latihan
Kebakaran .
·
Ceramah Penggunaan Alat Pemadam Api
|
8.
|
Aktiviti
sokongan :
|
·
Aktiviti Demonstrasi Memadam Api.
|
9.
|
Cadangan/Ulasan:
|
Organisasi
sekolah memerlukan kemudahan Pili Bomba memandangkan kawasan Sek. Keb. Hutan
Percha tidak mempunyai kemudahan pili bomba.
Latihan kebakaran berjalan lancar.
|
LAPORAN KESELURUHAN PROGRAM
Pada
12 November yang lalu Sekolah
Kebangsaan Hutan Percha telah menjalankan Program Ceramah Penggunaan Alat
Pemadam Api dan Demonstrasi Memadam Api serta Latihan Kebakaran Siri Kedua. Latihan
kebakaran merupakan aktiviti yang disediakan pada setiap tahun sebagai persedian dan latihan sekiranya
terjadi insiden kebakaran sekolah. Pada tahun ini, pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan dua siri
latihan kebakaran. Semua warga SK Hutan Percha terlibat dalam aktiviti ini.
Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga
sekolah cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran.
Justeru Sekolah Kebangsaan Hutan
Percha telah berganding bahu dengan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia (JBPM) bagi memberi pendedahan berkenaan khidmat pencegahan dan
pemadaman kebakaran. Seperti mana yang kita ketahui pihak JBPM bertanggungjawab
mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran,
menguatkuasakan peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan aspek
keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusian yang
cekap dan berkesan.
Oleh yang demikian, pihak SKHP telah mengambil keputusan untuk
menjemput Pegawai-pegawai Unit Latihan Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah
bagi program ini. Unti Latihan Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah yang
diterajui oleh Tuan Ayob bin Saat telah membawa pegawai beliau seramai 8
orang bagi melaksanakan program ini. Latihan bermula jam 9.30 pagi dan
berakhir sekitar jam 10.30 pagi. Tuan Ayob bin Saat telah tiba di sekolah
bersama Pegawai Kanan beliau iaitu
Tuan Ashid bin Rahman bagi memantau situasi dan lokasi perlaksanaan program.
Mereka telah tiba di sekolah pada pukul 9.30 pagi, kemudian pihak sekolah
telah diarahkan menelefon ke talian panggilan
kecemasan 999 pada jam 9.32pagi. Seterusnya loceng panjang dibunyikan
pada jam 9.33 pagi, semua murid bergegas ke tempat yang ditetapkan untuk
berkumpul iaitu padang sekolah tepat pada jam 9.35 pagi. Guru Penolong Kanan
HEM telah meminta guru-guru mengawal murid-murid ketika latihan kebakaran
dijalankan.
AJK Unit Kebakaran telah memastikan semua murid berkumpul dan ada pada
tempat yang ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk
memastikan tiada seorang murid pun yang tertinggal dalam kelas atau di dalam
bangunan sekolah. Walau bagaimanapun terdapat seorang murid Taun 5 iaitu adik
Azim Aris yang telah disorokkan oleh Unit Kebakaran SKHP. Sementara ketibaan
jentera Bomba Tuan Ayob bin Saat
selaku Ketua Unit Latihan Balai Bomba dan Penyelamat telah memberikan Ceramah
berkenaan Pencegahan Kebakaran sekolah. Jentera Bomba telah tiba di kawasam sekolah
tepat jam 9.53 pagi. Seterusnya Unit Kebakaran sekolah telah memaklumkan
kekurangan seorang murid sekolah. Pegawai bomba telah bertindak pantas dan
menyelamatkan murid tersebut dan membawanya ke padang. Dikuti dengan Program
Ceramah Penggunaan Alat Pemadam Api dan Program Demonstrasi Memadam Api.
Akhir sekali program ditamatkan dengan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan
dan Cenderamata oleh En. Muhammad bin Lasim selaku Guru Besar SKHP kepada
Tuan Ayob bin Saat selaku Pegawai Unit Latihan Balai Bomba dan Penyelamat
Alor Gajah. Majlis bersurai dengan jamuan makan di kantin sekolah.
Latihan ini adalah sebahagian
daripada program wajib sekolah pada setiap tahun bagi memastikan murid dan
kakitangan SK Hutan Percha sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi
bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran, murid-murid didedahkan dengan
kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain seperti banjir dan ribut. Semua
warga sekolah termasuk pekerja swasta memberikan kerjasama yang sepenuhnya.
Malah mereka turut menunjukkan sikap positif dalam setiap aktiviti yang
dijalankan terutamanya dalam segala aktiviti sebelum, semasa dan selepas
program. Secara tidak langsung, ini mewujudkan suasana harmoni dan
mengeratkan silaturrahim diantara seluruh warga sekolah tanpa mengira darjat
mahupun pangkat.
Di samping itu setelah melaksanakan
program seupama ini, kita dapat melihat keberkesanan program ini dapat
mencapai objektif dan matlamat
program. Mudah-mudahan program seperti ini dapat memberikan kebaikan dan
manfaat kepada murid betapa pentingnya kecergasan fizikal dan mental dalam
hidup kita. Ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
warga yang terlibat di dalam menjayakan aktiviti ini. Mudah-mudahan aktiviti
yang telah dijalankan akan diteruskan pada masa-masa akan datang.
DISEDIAKAN
OLEH,
...........................................
RAMANAN
A/L ARUMGAM
DISEMAK
OLEH,
............................................
PN.MAIMUNAH
BINTI BABA
(GPK
HEM SKHP)
|