KERTAS KERJA KEM SUKAN SEKOLAH
PROGRAM 1MURID 1SUKAN
SKHP 2014
1.0
PENDAHULUAN
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah memperakukan bahawa aktiviti
sukan adalah penting di semua peringkat persekolahan. Semua murid sekolah
diwajibkan mengambilbahagian dalam kelab atau persatuan sukan dan juga
digalakkan mengambil satu jenis permainan atau sukan. Dapatan kajian sukan telah
mengatakan bahawa aktiviti sukan
dapat menyemai, memupuk dan menanam perasaan
kekitaan antara murid-murid
pelbagai keturunan yang
mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berbeza.
2.0
RASIONAL
Pelaksanaan Dasar 1MURID
1SUKAN dapat memberi peluang secara menyeluruh
kepada semua murid agar melibatkan diri dalam sukan
secara terurus dan terancang
serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam
melahirkan modal insan secara
holistik ke arah pembinaan
masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.
3.0 MATLAMAT
3.1
Melatih satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab
sukan
menjalankan aktiviti di sekolah.
3.2
Melalui rangsangan/tugasan murid dapat:
i. Membantu menubuh dan menguruskan kelab
sukan.
ii. Membantu merancang dan mengurus aktiviti
kelab.
iii. Membantu dalam penganjuran pertandingan.
3.3
Murid dapat menjalankan aktiviti sukan dengan menggunakan kaedah stesen
yang
melibatkan ramai ahli kelab.
3.4 Bersukan
melalui aktiviti yang diubah suai (modified games).
4.0 OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan
keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukanyang
mempunyai unsur keseronokan.
4.2 Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis,
kreatif dan inovatif dalam kalangan
murid.
4.3 Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan.
4.4 Mewujudkan integrasi
kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan.
4.5 Meningkatkan kesedaran
murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam
mengamalkan gaya hidup yang
sihat dan inovatif.
5.0 CADANGAN TARIKH, MASA & TEMPAT
Tarikh : 27 SEPTEMBER 2014
Hari :
Sabtu
Masa : 7.30 pagi
hingga 4.30 petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Hutan Percha
6.0 KUMPULAN SASARAN
Sasaran
: 50 orang murid SKHP terdiri daripada murid
Tahun 4 dan 5.
7.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : En.Muhammad bin Lasim (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Sarimah binti Zainal (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 2 :
Pn. Siti Mutiah binti Hamzah (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Maimunah binti Baba (GPK HEM)
Setiausaha : En. Sahri Hasan (Setiausaha Sukan)
Kem Komandan : En. Mohamad
Yurman Mohmad Nor
Bendahari : Cik Itha Azuir (Pembantu Tadbir Kewangan)
Ahli Jawatankuasa :
Latihan dan Bengkel :
En. Mohd Yurman Mohmad Nor
En.
Mohd Hairy Ramli
En. Abd Nasir Limin
En. Md. Husni Yakub
Pn. Suzana Sulaiman
Pn. Julianty Idris
Peralatan : Ust. Ramley Jamaluddin dan Fasilitator Murid
Majlis Penutup : Pn.
Rolhizal Ramli
Pendaftaran : Pn. Haniza Mohd. Hanif
Makanan/Jamuan : Pn.
Suhaila Md. Zain
Pn. Norain Arbain
Pn. Maisurah Mohd.
Rahim
Hadiah/Sijil : Pn. Masliha Md.Noh
Pn. Zuraily Md. Zain
Buku Program : Cik
Rosmah Mohd. Yusof
Pn. Suzie Ishak
Perubatan/Keselamatan/
Pertolongan Cemas : Pn.
Kamaliah Ahmad
Siaraya/Publisiti
Dokumentasi : En.
Mohd Hairy Ramli
En. Ramanan a/l Ramanan
Cik Nur
Aida Musbah
Urus setia/ : Pn. Sarimah Zainal
Panel Pemilihan En. Mohd Yurman Mohmad Nor
En. Sahri Hasan dan
semua AJK
Guru Pembimbing : En. Mohd Yurman Mohmad Nor
En.
Mohd Hairy Ramli
En. Abd Nasir Limin
En. Md. Husni Yakub
Pn. Suzana Sulaiman
Pn. Julianty Idris
Fasilitator Murid : Mohd.
Syah Putra Haikal Jokori(Ketua)
Muhammad Khuzairi Abd. Mutalib
Iskandar Ismail
Mohd. Firdaus Abd. Bahrin
Muhammad Issham Ishak
Nur
Hidayah Hamzah
Noor Syazana Baharudin
Nur Inani Najwa Md. Deris
Farah Zulfah Norazizul
Nurul Izzati Ghafar
8.0 TENTATIF
PROGRAM
7.30 PG –
PENDAFTARAN
7.45 PG
- SENAM
ROBIK
8.45 PG -
KONSEP REGANGAN DAN PEMANASAN
BADAN
9.45 PG
- KUDAPAN
10.00
PG - PENGENALAN
PERMAINAN KECIL
11.00
PG - PERMAINAN KECIL
12.30 TGH- REHAT
– MAKAN TENGAH HARI DAN SOLAT ZOHOR
2.00
PTG- PEMAKANAN DAN KECEDERAAN DALAM SUKAN
4.00 PTG - MAJLIS
PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN
HADIAH DAN CENDERAHATI
4.30 PTG- JAMUAN
5.00 PTG- MAJLIS BERSURAI
9.0
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil
|
Perkara
|
Bilangan
|
Harga satu
|
Harga
|
1.
|
Kudapan
|
50 murid
|
RM2.00
|
RM 100.00
|
2.
|
Makan Tengah
hari
|
50 murid
|
RM6.00
|
RM 300.00
|
3.
|
Minum Petang
|
50 murid
|
RM2.00
|
RM 100.00
|
JUMLAH
|
RM 500.00
|
10.0 SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Program 1M 1Sukan (Kementerian Pelajaran Malaysia) sebanyak
RM 500.00
11.0 PENUTUP
Besarlah
harapan pihak penganjur program ini agar dapat dilaksanakan dengan jayanya
dalam mencapai segala objektifnya . Kerjasama
yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak sekolah adalah amat diharapkan dan dihargai. Semoga
program ini mendapat keberkatan dan
keredhaan Allah S.W.T serta berjalan lancar seperti yang diharapkan.
Disediakan oleh:
............................................
(PN.
SARIMAH BINTI ZAINAL)
GPK
KOKURIKULUM
Sekolah Kebangsaan Hutan Percha,
78000 Alor Gajah, Melaka.
SENARAI NAMA
MURID KEM 1 MURID 1 SUKAN
KUMPULAN 1
*AZZIM
BIN ARIS
TAHUN 5
IMAN BT. ABDUL BAHRIN TAHUN 5
AKMAL B. AZAMAN TAHUN 4
LILY ALEEYA NATASHA BT.
SATIA TAHUN 4
NUR SYAZA ALIAA BT.
MD.SANI TAHUN 4
|
KUMPULAN 2
*MUHD.
HAFIZ MUSTAFFA TAHUN 5
IZZA NURSABRINA BT.
SHAHRUDIN TAHUN 5
NUR AZALEA HANIM TAHUN 4
MUHD ALIF DANIAL TAHUN 4
MUHD SAFUWAN B. JAMEL TAHUN 4
|
KUMPULAN 3
MUHD. AMIN ASMADI TAHUN 5
*NUR
FARISHA IZZATI BT. ROSLAN TAHUN 5
DANEAL AMIRUDDIN TAHUN 4
HAWA BT. ARIS TAHUN 4
NURUL ADILA BT. RIPIN TAHUN 4
|
KUMPULAN 4
*MUHD.
SYAQIR DANIEL B. ROSLI TAHUN 5
SITI HAJAR BT. JAMEL TAHUN 5
SIKIN IBRAHIM TAHUN 5
MUHD. AZIZUL HAKIM B.
YUSRI TAHUN 4
NUR NABILA ATIKAH BT. MD.
ALI TAHUN 4
|
KUMPULAN 5
*ABDUL
ANIQ IRFAN TAHUN
5
ANIS NABILAH BT. ISMADY TAHUN 5
MUHD. AKMAL B. MAT ZIN TAHUN 4
DAYANG NURASRINA BT.
AZIZY TAHUN 4
NURUL ALIEYA HANIS TAHUN 4
|
KUMPULAN 6
IYLIA AISHAH BT. NORZAIDI TAHUN 5
*NURUL
ISMA IZZATI
TAHUN 5
MUHD. HARIZ HAKIMI B.
NORDIN TAHUN 4
NURFARAHIN BT. IBRAHIM TAHUN 4
YASMIN NUR WAHIDA TAHUN 4
|
KUMPULAN 7
*NORAZRY
HAIKAL B.AZMI TAHUN 5
PUTRI NURUL AKALILI TAHUN 5
DANIAL RAMZI B. MUHAMAD TAHUN 4
INTAN ELLYA SHAZLIN BT.
ROZAIMI TAHUN 4
ERIKA A/P BEGAL TAHUN 4
|
KUMPULAN 8
MUHD. AIMAN HAIKAL TAHUN 5
*NURAISYAH
BT. RAHMAN TAHUN 5
MUHAMMAD DAUD B. OMAR TAHUN 4
NURUL HIDAYAH BT. JAMAL TAHUN 4
NUR SYAZWANI TAHUN 4
|
KUMPULAN 9
*MIMI WAHIDAH BT. BORHAN TAHUN 5
NUR IQLIMATUL AISYAH TAHUN 5
MUHD. SHAH HAKIMI TAHUN 4
SHIDA IBRAHIM TAHUN 4
ERINA A/P BEGAL TAHUN 4
|
* KETUA BAGI SETIAP KUMPULAN.
LAPORAN PERLAKSANAAN KEM SUKAN SEKOLAH
PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAAN HUTAN PERCHA
2014
PROGRAM : PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN
TARIKH : 27
SEPTEMBER
2014
MASA : 7.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN DAN PADANG
SEKOLAH
ANJURAN : SK HUTAN PERCHA
KEHADIRAN : SEMUA WARGA SEKOLAH DAN MASYARAKAT SETEMPAT
Dasar
1 Murid 1 Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya
satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan inan yang eimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru, dengan hasrat ini setiap
murid Sekolah Kebangsaan Hutan Percha (SKHP) akan melibatkan diri secara aktif
dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Oleh itu, Kem Sukan Sekolah
pada tahun ini diadakan pada 27 September 2014 dengan harapan bagi membudayakan
sukan di kalangan murid-murid sekolah. Sukan peringkat sekolah ini dilaksanakan
melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Di
mana aktiviti sukan dibawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam
membina kesihatan sahsiah dan kesejahteraan bagi semua murid sekolah. Manakala
Sukan Untuk Kecemerlangan dijalankan
bagi meningkatkan prestasi murid yang berbakat dan berpotensi.
Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam Program 1 Murid 1
Sukan adalah amat penting sbagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia
yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Program 1 Murid 1 Sukan merupakan
salah satu hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia untuk
membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh di kalangan murid
dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Di samping memupuk budaya bersukan di
kalangan murid sekolah agar menjadi masyarakat yang mengamalkan gaya hidup
sihat dan cergas. Program 1M1S ini bertujuan untuk meningkatkan kecergasan
jasmani, membentuk sahsiah jati diri, disiplin dan memupuk perpaduan di antara
kaum.
Falasafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI).
Kem Sukan Sekolah ini diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat memberi akses
kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan
khususnya kepada semua murid yang kurang atau tidak aktif dalam bidang sukan.
Sebelum Program 1 Murid 1 Sukan di jalankan GPK Kokurikulum Pn. Sarimah binti
Zainal telah melakukan ujian saringan bagi memastikan setiap murid termasuk
murid berkeperluan khas tidak mengalami masalah kesihatan. Beliau turut
mewajibkan setiap murid Tahun 4 hingga 6 mengambil bahagian dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan.
SK Hutan Percha juga telah
mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti
yang berkaitan dengan kecergasan fizikal dan mental. Oleh yang demikian satu
jawatankuasa kerja telah dirancang bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah seperti kemudahan guru pembimbing sukan,
fasilitator, tayangan, jururobik dan lain-lain lagi.
Program ini telah dilaksanakan pada
setiap hari Sabtu pada jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Pada pagi tersebut
seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat terlibat dalam aktiviti
senamrobik pagi. Diikuti dengan Konsep Regangan dan Pemanasan Badan yang telah
dilaksanakan di Dataran Perhimpunan dari jam 8.45 pagi hingga 9.45 pagi.
Kudapan telah diberikan pada jam 9.45 pagi hingga 10.00 pagi, pada waktu ini
murid-murid diminta berehat seketika di kantin sekolah. Pengenalan permainan
kecil telah dibuat di padang sekolah pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi,
pada waktu ini guru pembimbing sukan bagi permainan futsal, sepak takraw bola,
bola baling dan “rounders” telah membimbing dan memperkenalkan cara-cara
permainan tersebut. Kemudia diikuti dengan permainan kecil sehingga jam 12.30
tengahari. Murid-murid telah direhatkan pada jam 12.30 tengahari bagi menikmati
makan tengahari dan bagi menunaikan kewajipan solat zohor. Pada jam 2.00 petang
Ceramah Pemakanan Seimbang dan Cermah Kecederaan Dalam Sukan telah diadakan di
Makmal Bahasa dan ianya tamat pada pukul 4.00 petang. Acara akhir iaitu Majlis
Perasmian Penutup Kem Sukan Sekolah 1M 1S dan Majlis Penyampaian Hadiah telah
diadakan pada jam 4.00 petang hingga 4.30 petang. Kemudian dikuti dengan jamuan
ringan dan bersurai pada pukul 5.00 petang.
Semua warga sekolah termasuk pekerja swasta memberikan kerjasama yang
sepenuhnya. Malah mereka turut menunjukkan sikap positif dalam setiap aktiviti
yang dijalankan terutamanya dalam segala aktiviti sebelum, semasa dan selepas
program. Secara tidak langsung, ini mewujudkan suasana harmoni dan mengeratkan
silaturrahim diantara seluruh warga sekolah tanpa mengira darjat mahupun
pangkat.
Di samping itu setelah melaksanakan program seupama ini, kita dapat
melihat keberkesanan program ini dapat mencapai objektif dan matlamat program. Program ini dapat
meningkatkan minat murid dalam bidang kesukanan. Mudah-mudahan program seperti
ini dapat memberikan kebaikan dan manfaat kepada murid betapa pentingnya
kecergasan fizikal dan mental dalam hidup kita. Ucapan tahniah dan terima kasih
yang tidak terhingga kepada semua warga yang terlibat di dalam menjayakan
aktiviti ini. Mudah-mudahan aktiviti yang telah dijalankan akan diteruskan pada
masa-masa akan datang.
Disediakan
oleh:
…………………………………….
(En.
Ramanan a/l Arumugam)
SU
KOKURIKULUM SK HUTAN PERCHA
PROGRAM SENAMROBIK
1MURID 1SUKAN