Monday, 11 August 2014

Laporan Perlaksanaan Latihan Kebakaran Siri Pertama SK Hutan Percha


Laporan Pelaksanaan Latihan Kebakaran Kali Pertama
Peringkat Sekolah Tahun 2014

1.
Tarikh:
25  March 2014



2.
Masa:
9.15 pagi  hingga 9.55 pagi                                                 



3.
Tempat:
Padang SK Hutan Percha



4.
Dikendalikan oleh:
Unit HEM Sekolah



5.
Jumlah penyertaan Murid :
142 orang



6.
Jumlah penyertaan
Warga Pendidik:
22 orang



8.
Senarai Aktiviti Utama:
·          Latihan Kebakaran .

·         Taklimat Penggunaan Alat Pemadam Api

9.
Aktiviti sokongan :
·         Aktiviti Demonstrasi Penggunaan Alat Pemadam Api.



10.
Cadangan/Ulasan:
Latihan kebakaran berjalan lancar.

10.1     Pada 25 Mac yang lalu Sekolah Kebangsaan Hutan Percha telah menjalankan latihan kebakaran siri pertama. Latihan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 9.55 pagi. Latihan kebakaran merupakan aktiviti yang disediakan pada setiap tahun  sebagai persedian dan latihan sekiranya terjadi insiden kebakaran sekolah. Pada tahun ini, pihak sekolah rendah telah merancang untuk mengadakan dua siri latihan kebakaran. Semua warga SK Hutan Percha terlibat dalam aktiviti ini. Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran.
              Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia semasa berlaku kebakaran atau kecemasan di sekolah.  Setelah loceng panjang dibunyikan, semua murid bergegas ke tempat yang ditetapkan untuk berkumpul iaitu padang sekolah. Guru Penolong Kanan HEM telah meminta guru-guru mengawal murid-murid ketika latihan kebakaran dijalankan. AJK Disiplin telah memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang murid pun yang tertinggal dalam kelas atau di dalam bangunan sekolah. Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun bagi memastikan murid dan kakitangan SK Hutan Percha sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran, murid-murid didedahkan dengan kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain seperti banjir dan ribut.  Tahniah kepada AJK Kebakaran sekolah kerana telah berjaya menjalankan latihan kebakaran tersebut.
10.2   Cadangan :
 Walau bagaimanapun ada beberapa perkara perlu diperbaiki, diantaranya murid-murid di bilik khas tidak dapat mendengar bunyi loceng yang dibunyikan. Ini menyebabkan mereka lewat 3 minit daripada masa yang ditetapkan. Pihak sekolah berharap dapat mengatasi masalah ini sebelum latihan kali kedua dijalankan
11. Panorama Latihan Kebakaran Siri Pertama 2014.








               
DISEDIAKAN OLEH: EN.RAMANAN A/L ARUMUGAM
   








No comments:

Post a Comment