Thursday, 28 August 2014
LAPORAN PROGRAM BULAN KECERGASAN 2014
SK HUTAN PERCHA, 78000 ALOR GAJAH, MELAKA.
KERTAS CADANGAN BULAN KECERGASAN SEKOLAH
1.
PENDAHULUAN
Kementerian
Pelajaran Malaysia mengharapkan agar setiap murid mengamalkan gaya hidup sihat.
Taraf kecergasan ini dapat dilaksanakan melalui gaya hidup sihat dengan
melakukan aktiviti-aktiviti bersenam dan bersukan secara teratur bagi menjamin
taraf kecergasan warga sekolah yang optimum. Selaras dengan itu Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menetapkan Bulan Julai sebagai bulan kecergasan Kementerian
Pelajaran Malaysia.
2.
RASIONAL
Matlamat program ini membolehkan pelajar menjadi
sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan dan
amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan sehari-hari ke arah “Rakyat
yang sihat akan melahirkan negara maju”
3.
OBJEKTIF
Objektif utama diadakan program ini :
i. Menghargai
diri sendiri serta bertindak untuk melahirkan dan mempertingkatkan kesihatan
dan kecergasan.
ii. Memperoleh
pengetahuan asas tentang proses pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan
manusia serta keperluan kesihatan berkaitan.
iii. Memahami konsep kecergasan , prinsip latihan
dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.
iv. Mempertingkatkan jasmani dengan membina daya
tahan kardiovaskular, kekuatan daya tahan otot serta meningkatkan kelenturan
badan, ketangkasan dan kelajuan.
v. Memperkembangkan
sahsiah melalui interaksi yang sihat di dalam kegiatan kecergasan jasmani dan
sukan seperti semangat kesukanan, kerjasama, toleransi, kepimpinan dan
disiplin.
4.
MOTO BULAN KECERGASAN SKHP 2014
Tubuh Sihat, Minda Cerdas, Kerja Proaktif
5.
KUMPULAN SASARAN
Aktiviti –aktiviti yang akan dijalankan dalam
program tersebut akan melibatkan :-
5.1 Semua murid- murid SK Hutan Percha
5.2 Semua
guru,staf sokongan dan pekerja SK Hutan Percha
6. TARIKH PERLAKSANAAN
6.1 : Tarikh
aktiviti : 04 hingga 30 Ogos 2014
Tempoh aktiviti adalah selama satu bulan
6.2 : Tarikh
Pelancaran : 04 Ogos 2014 (Isnin).
7. STRATEGI PELAKSANAAN
Dijalankan di sebelah pagi, semasa perhimpunan
pagi, waktu rehat dan waktu kokurikulum. Pelancaran di jalankan pada waktu perhimpunan
rasmi.
8. AHLI JAWATANKUASA BULAN KECERGASAN
8.1 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM BULAN KECERGASAN
TAHUN 2014
Pengerusi : En. Muhammad bin Lasim(Guru Besar SK Hutan
Percha)
Timbalan
Pengerusi : Pn. Sarimah binti Zainal (GPK Kokurikulum)
Naib-Naib
Pengerusi : Pn.
Siti Mutiah binti Hamzah (GPK 1)
Pn.
Maimunah binti Baba(GPK HEM)
Setiausaha
Sukan : En. Sahri bin Hasan
Bendahari : En. Ramanan a/l Arumugam
Ahli
Jawatankuasa :
1.
Semua guru SK Hutan Percha
2.
Semua Staf sokongan
3.
Semua pekerja
8.2 JAWATANKUASA KECIL DAN JADUAL PELAKSANAAN
Perkara
|
Guru
bertanggungjawab
|
Tarikh
|
Masa
|
Majlis
Pelancaran
Gimik
Pelancaran
|
Guru-guru
bertugas
Guru
Pelatih IPG
|
04
Ogos 2014
|
Waktu
Perhimpunan Rasmi
|
Info
Kesihatan
(Kelab
Doktor Muda)
|
Encik
Abdul Nasir b. Limin
Puan
Masliha bt. Mohd. Noor
|
Sepanjang
bulan kecergasan
|
Waktu
Perhimpunan Rasmi
|
Program
10,000 Langkah
|
En
Ramanan a/l Arumugan
En.
Md. Husni b. Yakub
|
05
Ogos 2014
|
7.30
pagi – 8.15 pagi
|
Senamrobik
(Setiap
hari Khamis)
|
Pn.
Julianty bt. Idris
Pn.
Heliya bt Hamzah
En.
Mohd.Hairy b. Ramli
|
07
Ogos 2014
14
Ogos 2014
21
Ogos 2014
|
7.20
pagi – 7.45 pagi
|
Pengenalan
Program Segak
Untuk
Tahap 1
|
Semua
guru PJ
|
12
Ogos 2014(Selasa)
|
Waktu
Pendidikan Jasmani
|
Pelaksanaan
Program Segak
Untuk
Tahap 2
|
En.
Mohd Yurman b. M. Noor
Mohd
Hairy b. Ramli
|
12
Ogos 2014(Selasa)
|
Waktu
kokurikulum
|
Pertandingan
Lakonan Spontan
(Semua
Kelab/Persatuan)
|
Pn.
Haniza bt. Mohd. Hanif
Pn.
Kamaliah bt. Ahmad
|
19
Ogos 2014(Selasa)
|
2.30
ptg – 3.30 ptg
|
Pertandingan
Permainan Tradisional
|
En.
Sahri b. Hasan
Ramley
b. Jamaluddin
Pn.
Maisurah bt. Mohd. Rahim
Pn.
Rolhizal bt. Ramli
|
26
Ogos 2014(Selasa)
|
Waktu
Kokurikulum
|
Pertandingan
Mewarna
(Pend.
Khas, Pra-sekolah dan Tahap 1)
|
Puan
Norain bt. Arbain
Cik
Rosmah bt. Mohd Yusof
|
Waktu
Pendidikan Seni Visual
|
Rujuk
Jadual Waktu kelas
|
Program
Ceramah
|
Pn.
Suhaila bt. Md. Zain
Pn.
Zuraily bt. Md. Zain
|
27
Ogos 2014(Rabu)
|
11.00
pagi
|
Program
Mencari Maklumat PSS
(Kecergasan
& Kesihatan)
|
Pn.
Maisurah bt. Mohd Rahim
En.
Md. Husni b. Yakub
Cik
Zariyah bt. Ramli
|
15
Ogos 2014
(Jumaat
-Tahap 1)
22
Ogos 2014
(Jumaat
- Tahap 2)
|
Waktu
Rehat
|
Majlis
Penyampaian Hadiah & Penutup Bulan Kecergasan
|
Guru-guru
Bertugas
|
27
Ogos 2014 (Rabu)
|
Selepas
program ceramah
|
Buku
Program
|
Puan
Julianty bt Idris
En.
Mohd. Nasir b. Karim
|
Sebelum
Program
|
|
Fotografi
|
Cik
Norzariyah bt. Ramli
Cik
NorAida bt. Musbah
|
Sepanjang
Program
|
|
Dokumentasi
|
Encik
Ramanan a/l Arumugam
|
Selepas
Program
|
Hantar
laporan ke PPD Alor Gajah sebelum 30 Ogos 2014.
|
Hadiah
|
Pn.
Suzana bt. Sulaiman
Pn.
Norain bt. Arbain
Pn.
Suzie bt. Ishak
Pn.
Norzita bt. Ibrahim
|
Selepas
Program
|
9. TENTATIF PROGRAM PELANCARAN BULAN KECERGASAN
9.1 : Pelaksanaan
:
Tarikh
: 04
Ogos 2014
Hari : Isnin
Masa : 7.30
pagi – 8.15 pagi
Tempat : Dataran
SKHP
9.2 : Atur
cara :
7.30
pagi :
Semua guru dan murid berhimpun di dataran SKHP
7.35
pagi :
Bacaan Doa
7.40
pagi :
Nyanyian lagu Patriotik
-
Negaraku
-
Melaka Maju Jaya
-
Melaka negeri Bandar Teknologi Hijau
-
Lagu Sekolah
7.50
pagi :
Taklimat Bulan Kecergasan oleh En. Sahri Hasan
8.00
pagi :
Ucapan Perasmian Pelancaran Bulan Kecergasan oleh
En. Muhammad bin Lasim (Guru Besar SK Hutan Percha)
8.15
pagi :
Gimik Pelancaran Bulan Kecergasan oleh Guru Besar
8.20
pagi :
Bersurai
10.
ANGGARAN BELANJAWAN
BIL
|
PERKARA
|
PERBELANJAAN
|
JUMLAH
|
1.
|
Pertandingan Lakonan Spontan
Tempat Pertama
:
Tempat Kedua
:
Tempat Ketiga
:
|
RM 10.00
RM 8.00
RM
6.00
|
RM 24.00
|
2.
|
Pertandingan Permainan Tradisional
Johan Keseluruhan :
Naib Johan
:
Ketiga
:
|
RM 30.00
RM 25.00
RM 20.00
|
RM 75.00
|
3.
|
Pertandingan Mewarna Tahap 1, Pra Sekolah &
P. Khas.
Tempat Pertama
:
Tempat Kedua
:
Tempat Ketiga
:
|
RM 3.00 x 5=RM 15.00
RM 2.00 x 5=RM 10.00
RM 1.00 x 5=RM 5.00
|
RM 30.00
|
4.
|
Pertandingan Mencari Maklumat (PSS)
Tahap 1 dan Tahap 2
Tempat Pertama
:
Tempat Kedua
:
Tempat Ketiga
:
|
RM 3.00 x 2 = RM 6.00
RM 2.00 x 2 = RM 4.00
RM 1.00 x 2 = RM 2.00
|
RM 12.00
|
4.
|
Cenderahati kepada Penceramah
|
RM 30.00
|
|
6.
|
Peralatan untuk aktiviti
|
RM 100.00
|
|
JUMLAH BESAR
|
RM 271.00
|
11. SUMBER
KEWANGAN
11.1 : Panitia
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
12. PENUTUP
Diharapkan aktiviti Program Bulan Kecergasan ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah
diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan dapat diteruskan dan
mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk menjadikan rakyat
Malaysia sihat minda dan cergas tubuh badan. Semoga usaha murni ini mendapat
sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada warga Sekolah
Kebangsaan Hutan Percha.
Disediakan oleh, Tarikh
: 16 Julai 2014
……………………………..........…
(PN SARIMAH
BINTI ZAINAL)
Disahkan oleh, Tarikh
: ........................
………………………………………...
(EN.
MUHAMMAD BIN LASSIM)
LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM BULAN KECERGASAN
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAAN HUTAN PERCHA
2014
PROGRAM : PROGRAM BULAN
KECERGASAN
TARIKH : BULAN 04 OGOS HINGGA 30 OGOS 2014
MASA : 7.15 PAGI HINGGA 7.45 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SEKOLAH
ANJURAN : SK HUTAN PERCHA
KEHADIRAN : SEMUA WARGA SEKOLAH DAN MASYARAKAT SETEMPAT
Selaras
dengan hasrat Falsafah Pendikan Negara, seluruh sekolah di Malaysia telah
diwajibkan mengadakan Program Bulan Kecergasan sepanjang bulan Ogos bagi Tahun
2014. Berikutan daripada hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia, SK Hutan Percha
juga telah mengadakan pelbagai
aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kecergasan fizikal dan mental.
Oleh yang demikian satu jawatankuasa kerja telah dirancang bagi melaksanakan
tugas-tugas yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti kemudahan
tayangan, jururobik dan lain-lain lagi.
Program ini telah dilaksanakan pada
setiap hari Selasa dan Khamis jam 7.15 pagi hingga 7.45 pagi. Pada pagi
tersebut seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat terlibat dalam aktiviti
senamrobik pagi. Manakala pada waktu mata pelajaran Dunia Seni Visual pula
pihak sekolah telah menjalankan Pertandingan Mewarna Tahap1, guru-guru
pendidikan seni telah ditugaskan agar mengagihkan bahan-bahan bagi pertandingan
tersebut. Info Kesihatan dan Kuiz Kesihatan pula telah diselitkan dalam
Pelancaran Program Kelab Doktor Muda
tersebut. Semua warga sekolah termasuk pekerja swasta memberikan
kerjasama yang sepenuhnya. Malah mereka turut menunjukkan sikap positif dalam
setiap aktiviti yang dijalankan terutamanya dalam aktiviti senamrobik pagi.
Secara tidak langsung, ini mewujudkan suasana harmoni dan mengeratkan
silaturrahim diantara seluruh warga sekolah tanpa mengira darjat mahupun
pangkat. Manakala bagi murid-murid Tahap 2, perlaksanaan ‘Program Segak’ pula
telah dilaksanakan pada waktu Kokurikulum iaitu pada hari Selasa.
Di samping itu, pada tahun ini ‘Program 10 000 Langkah” dijalankan pada
5 Ogos 2014, dimana semua warga sekolah turut terlibat dalam menjayakan program
ini. Program ini dijalankan di kawasan sekolah, semua warga sekolah telah
berjalan mengeliling padang sebanyak 10 pusingan dan diikuti dengan aktiviti
berjalan mengelilingi kawasan sekolah. Selain itu, Unit Kokurikulum juga telah
mengadakan Pertandingan Lakonan Spontan dan
Permainan Tradisional pada waktu aktiviti Kokurikulum. Dimana seluruh
warga sekolah dan masyarakat sekeliling turut
bersama dalam perlaksanaan program ini.
Setelah melaksanakan program seupama
ini, kita dapat melihat keberkesanan program ini dapat mencapai objektif dan matlamat program. Program ini dapat
melahirkan generasi yang prihatin terhadap kesihatan dan kecergasan fizikal dan
mental. Di samping itu, meningkatkan minat murid dalam bidang kesukanan.
Mudah-mudahan program seperti ini dapat memberikan kebaikan dan manfaat kepada
murid betapa pentingnya kecergasan fizikal dan mental dalam hidup kita. Ucapan
tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga yang terlibat
di dalam menjayakan aktiviti ini. Mudah-mudahan aktiviti yang telah dijalankan
akan diteruskan pada masa-masa akan datang.
Disediakan
oleh:
…………………………………….
(En.
Ramanan a/l Arumugam)
SU
KOKURIKULUM SK HUTAN PERCHA
PANORAMA
PERASMIAN BULAN KECERGASAN TAHUN 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)